Sunday, January 12, 2020





Kawan

Lirik Lagu Nasyid Pelita Hidup III

Hijjaz


Kawan apalah yang kau kesalkan

Kerana Tuhan kau kehilangan kawan

Kerana kebenaran dihina

Jangan kau ragu dalam keimanan


Kadang-kadang kawan jadi lawan

Kadang-kadang lawan jadi kawan

Apalah disedihkan hati

Setiap insan di dalam kekurangan


Jangan sedih selalu tersisih

Bukan kau saja ditimpa malang

Ingatlah para Rasul mulia

Lebih terseksa menderita

Mereka bahagia dalam derita

Mereka kaya di dalam papa


Mereka memadai dengan Tuhannya

Itulah kebahagiaan

Di waktu sempit seorang diri

Kawan janganlah disedihkan hatimu


Tetapi mereka merasai ramai

Walaupun keseorangan





Lagu ini sangat mendalam maksudnya.kawan?lawan?
Hidup dizaman yang makin menekan dikala pemerintah negara bersenang lenang diatas kepayahan rakyat,ramai yang menderita dimana masing masing kebanyakanya mementingkan diri sendiri BAHKAN aku juga tidak terkecuali.



























I am the husband of my wife and the father of my children

حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۖ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ


Salam Perkenalan buat kawan kawan semua. Disini akan saya coretkan sedikit sebanyak pelbagai cerita/kisah/borak santai dan lain lain